EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bukan lagi filter, TMJ jadi individu pertama di Malaysia miliki PS5?

0 month ago, 20-Nov-2020

Jika sebelum ini ramai yang sangat teruja bagi memiliki Sony PlayStation 5 (PS5) dengan berkongsi gambar di media sosial mengatakan mereka berjaya membelinya selepas ia mula dijual.

Walaupun hakikatnya, foto tersebut hanyalah satu filter yang terdapat dalam aplikasi Instagram yang telah dicipta oleh @aroneverthing.

Namun, jangan terperanjat kerana kali ini memang sudah ada yang memiliki SP5 dan pemiliknya adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi perkongsian di Instastory milik baginda, Tunku Islam telah memuat naik beberapa foto set lengkap PS5 yang masih di dalam kotak dipercayai baru dibeli.

Justeru, TMJ berkemungkinan menjadi orang Malaysia pertama yang telah memiliki permainan yang mempunyai reka bentuk lebih canggih itu.

Menerusi laman Twitter, beberapa pengguna turut berbual mengenai perkara tersebut yang teruja selepas mengetahui Tunku Ismail berjaya mendapatkan PS5 di tangan.

tmj org pertama di malaysia dpt ps5 hahaha kaya juak tmj tuk HAHAHAHA

pami (@fahminaim98) November 20, 2020

Kaya jugalah TMJ ni dapat beli PS5 kahkahkah

???? (@hizamiahmad) November 20, 2020

tmj dah dpat ps5 dah.. kena order singapore camni ni

???? ???? ????? ?? ???? ???????????? (@fariswinchester) November 19, 2020

TMJ dah beli #ps5 dulu dah :)

tsutsuki Hamura (@fraink_f) November 19, 2020

Difahamkan, penjualan PS5 memang laris di kebanyakan negara dimana di Jepun sahaja konsol permainan video Sony Corp habis terjual menerusi dalam talian.

: Tunku Ismail ,Utusan , Twitter



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...