EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Saya Bukan Bodoh Sangat, Dah Tunjuk Mewah Lepas Tu Nak Minta Bantuan Black Hanifah

3 month ago, 27-Mar-2020

Gara-gara kenyataannya yang mencadangkan agar pihak kerajaan tidak meminggirkan golongan penggiat seni tempatan yang juga terjejas kerana lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Black Hanifah menerima kecaman teruk daripada netizen. Rata-rata netizen berpendapat adalah lebih baik untuk memberikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan berbanding artis yang mempunyai kehidupan mewah dan berduit.

black hanifah artis bantuan kerajaan

Bengang dirinya dituduh suka meminta, Black berkata cadangannya itu disalah anggap oleh netizen. Apa yang dia suarakan itu bukanlah untuk dirinya tetapi bagi pihak artis yang menghadapi kesempitan hidup kerana tiada kerja ketika wabak COVID-19.

Saya hanya suarakan bagi pihak artis yang memerlukan. Susah kalau netizen tak baca artikel penuh dan terus menghentam. Saya sendiri akui banyak persembahan dibatalkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi buat masa ini kewangan saya masih kukuh dan mencukupi.

black hanifah dikecam minta bantuan kerajaan

Ramai yang selar saya di Instagram, ada yang kata sebelum ini saya tunjuk kemewahan, sekarang nak minta bantuan pula!

Saya pun bukan bodoh sangat, dah tunjuk mewah, jalan sana sini di Instagram lepas itu takkan nak minta bantuan. Dalam isu ini saya hanya bawa suara mereka iaitu penggiat seni yang k3sempitan hidup kerana tiada job.

black hanifah bantuan

Menurut Black, bukan semua artis hidup mewah. Ada juga yang berdepan kesulitan hidup dan mereka juga layak dibantu seperti rakyat Malaysia yang lain.

Berita : mStar Online


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...