EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bukan Jadi Betul-Betul Bodoh Pun- Aishah Pertahankan Kenyataan Prof Muhaya?

0 month ago, 10-Jun-2021

Rentetan daripada isu Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh, kini giliran penyanyi Aishah pula berkongsi pandangan mengenainya.

Muat naik posting di Instagram, Aishah berkata tak salah untuk wanita berpura-pura bodoh di hadapan orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

IKLAN

Aishah Sokong Pernyataan Prof. Muhaya

Menurut Aishah apa yang dikongsi oleh Prof. Muhaya itu ada betulnya. Katanya tak salah jika ada situasi yang memerlukan wanita untuk berpura-pura bodoh di hadapan orang lain. Baginya perlakuan tersebut sangat berbaloi jika wanita dapat yang apa yang diingininya.

Foto Kosmo

Relaxlah, tak jadi apa pun kalau ada kalanya kita kena buat-buat bodoh untuk dapatkan apa yang kita nak. Bukan jadi betul-betul bodoh pun.

I always like being underestimated so that I can suprise my opponent at the crunch. Chill, kongsinya.

Malah dia juga berkata wanita perlu menjadi bijak untuk mengenal pasti mana yang buruk dan baik di sebalik memainkan watak tersebut. Dan melalui perlakuan tersebut, mereka akan terkejut setelah mengetahui wanita sebenarnya bijak dan tidak boleh sesuka hati mengambil kesempatan.

Foto Harian Metro

Tambah Aishah, dia suka dipandang rendah dan melihat reaksi orang lain. Pada masa yang sesuai dia akan mengejutkan individu tersebut dengan perwatakannya sebenarnya.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...