www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Budak 12 Tahun Antara 4 Ditahan Di Hotel Bajet.

26 month ago, 14-Feb-2017


Butterworth Seorang budak lelaki berusia 12 tahun antara empat individu ditahan selepas ujian air kencing mereka positif dadah dalam operasi di sekitar Pulau Pinang malam tadi.

Mereka ditahan di beberapa hotel bajet sekitar negeri ini dalam Op Sarang oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Difahamkan, kanak-kanak itu ditahan di dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun.

Jurucakap AADK berkata, dalam operasi itu, seramai 10 orang diperiksa dan empat daripadanya positif dadah.

Menurutnya, turut dirampas ialah 53.5 gram syabu dan 3.65 gram heroin.

Semua yang ditahan di bawa ke Pejabat AADK negeri untuk tindakan lanjut, katanya.




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts