www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Budak lelaki 6 tahun dihukum kerana tiba lewat seminit di sekolah, menerima hadiah sebuah kereta baharu

0 month ago, 14-May-2019


OREGON Seorang budak lelaki yang menduduki Gred 1 di sebuah sekolah dipaksa makan keseorangan ketika waktu rehat ekoran tiba lewat di sekolah. Dia yang dihantar oleh ibu bapanya, kemudian telah dihadiahkan sebuah van mini yang baru.

Ibu bapa kepada Hunter Cmelo, Nicole Garloff dan Mark Cmelo telah diberikan sebuah hadiah bernilai $30,000 (RM124,899) iaitu sebuah van mini Chrysler selepas seorang ahli perniagaan mengetahui bahawa Hunter tiba lewat disekolah disebabkan oleh kereta keluarganya yang telah lama dan usang.

Foto yang menunjukkan Hunter didenda di sekolah telah dirakamkan oleh ibunya dan kemudian dikongsi di Facebook oleh nenek Hunter, di mana ianya telah mendapat perhatian meluas oleh pengguna selain mahu sekolah berkenaan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengubah polisi dalam menghukum pelajar.

Gambar keluarga Hunter bersama van mini baharu yang diterima mereka

Walaupun van Dodge Durango lama milik mereka telah dibaiki oleh seorang mekanik tempatan menerusi syarikat Rapid Repo and Collections di Medfort, Oregon, namun sebuah van mini baharu tetap dihadiahkan agar Hunter akan tiba di sekolah tepat pada masanya.

McClease Kelly, individu yang menganjurkan kutipan derma itu menjelaskan bahawa bapanya kehilangan kata-kata apabila diberikan kunci van mini baharu berkenaan.

Foto Hunter yang dihukum kerana tiba lewat telah tular di internet. Dia terpaksa makan keseorangan di belakang kadboard

Semenjak daripada itu, Lincoln Elementary School di Grants Pass, Oregon, telah ditekan untuk mengubah polisi berkenaan selepas menerima banyak komen dan aduan.

Nenek Hunter, Laura Hoover yang memuat naik gambar berkenaan di Facebook menulis:

Ini cucu saya, Hunter, yang berada di Gred 1. Enjin kereta ibunya mengambil masa untuk dihidupkan. Ini membuatkan Hunter tiba lewat di sekolah. Semalam, dia tiba seminit lewat dan ini apa yang diterimanya! Mereka menghukumnya sebanyak 6 kali walaupun kejadian ini bukanlah sesuatu yang boleh dikawal oleh Hunter. Mereka memalukannya di hadapan pelajar yang lain! Guru besar harus bertanggungjawab atas hal ini. Ibunya mendapat tahu anaknya dihukum, menangis lalu membawanya pulang. Ada sesiapa yang boleh bantu saya untuk hubungi guru besar dan memberitahunya bahawa tindakan ini adalah tidak wajar? (541) 474-5770 Ms Fitzsimmons.

Menurut pihak sekolah, sistem berkenaan sepatutnya memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengejar kerja yang mereka tertinggal, tetapi kini kaki tangan sekolah telah bersetuju untuk tidak menggunakan skrin kadboard tersebut

Mereka memalukannya kerana sesuatu yang bukan dibawah kawalannya. Ia merupakan salah kami kerana tidak menghantarnya pada masa yang ditetapkan, kata bapa Hunter. Nicole pula berkata bahawa hukuman anaknya itu telah menyebabkan Hunter berasa bimbang untuk ke sekolah dan dia mula mengamuk jika kami terlambat.

Menurut Nicole lagi, keretanya mengalami masalah dan ia melengahkan pagi Hunter untuk ke sekolah. Adalah sukar untuk Nicole menghidupkan keretanya pada waktu pagi.

Hunter dan ibunya, Nicole Garloff, yang mengaku bahawa punca kelewatan Hunter adalah disebabkan oleh masalah keretanya yang susah untuk dihidupkan pada waktu pagi

Hunter tidak berpeluang untuk menaiki bas kerana rumahnya terletak kira-kira satu batu daripada sekolah namun dia tidak boleh berjalan kaki kerana jalan ke sekolah agak sibuk dan berbahaya untuk kanak-kanak sepertinya.

Wakil sekolah, Jihn Higgins dan guru besar, Missy Fitzsimmons juga mula menerima panggilan berbaur ugutan selepas foto Hunter tular di internet.

Menurut Higgins, dia percaya bahawa sistem berkenaan memberikan pelajar peluang untuk mengejar kerja yang mereka tertinggal.

Laporan kehadiran terkini di Lincoln diberikan kepada ibu bapa menerusi surat dan ia bertujuan untuk menyediakan pelajar yang mengalami keletihan dengan pengawasan waktu pembelajaran dan ia tidak bertujuan untuk mengasing dan meletakkan stigma pada pelajar.

Pihak pentadbir Lincoln Elementary School telah berjumpa ibu bapa Hunter dan mereka nampaknya telah menemui jalan penyelesaian

Guru besar sekolah berkenaan akhirnya bertemu dengan ibu bapa pelajar berkenaan selepas menerima banyak aduan dan mereka bersetuju untuk menghentikan praktik pengasingan sebagai hukuman.

Pertemuan tersebut amat produktif dan berkesan. Kembimbangan ibu bapa terbabit telah dibincangkan secara baik dan ditangani dengan cara yang memuaskan hati semua pihak.

Ikuti laporan penuh oleh KOIN6 menerusi video di bawah:

:Mail Tribune,Facebook,KOIN6,Daily Caller,KDRV

Budak lelaki 6 tahun dihukum kerana tiba lewat seminit di sekolah, menerima hadiah sebuah kereta baharu Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts