EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Budak lelaki bekerja cari rezeki sebagai maskot dengan berjalan 10km setiap hari demi meringankan beban keluarga

0 month ago, 11-Sep-2020

Terdapat segelintir kanak-kanak yang terpaksa mengorbankan zaman riang menjadi kanak-kanak dengan mencari rezeki demi membantu menyara keluarga yang mengalami kesempitan hidup.

Mungkin pada zaman dahulu perkara ini biasa sahaja dialami oleh semua kanak-kanak yang terpaksa bekerja demi meringankan beban keluarga, namun pengorbanan itu tetap berlaku pada hari ini.

Seperti mana yang dilalui oleh seorang budak lelaki dari negara jiran yang bernama Rehan.

rhmadii_/Instagram

Rehan sanggup berpanas lencun dari dalam kostum watak kartun yang dipakainya kerana pekerjaannya sebagai maskot jalanan yang terpaksa berjalan sejauh 10 kilometer setiap hari demi menghiburkan orang lain.

Kisah Rehan tular di laman Instagram @rhmadii_ atau Rahmadi yang menceritakan kehidupan seharian kanak-kanak ini sebagai penghibur jalanan.

rhmadii_/Instagram

Budak lelaki tersebut terpaksa bangkit seawal pagi untuk menghiburkan orang awam di jalanan sekitar daerah Jalan Gatot Subroto, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Di usia muda yang sepatutnya penuh riang melihat orang dewasa bekerja menghiburkan kanak-kanak, Rehan sebaliknya mengambil tugas itu dengan menjadi maskot demi meringankan beban keluarganya yang mengalami kesempitan mencukupkan belanja keperluan harian.

rhmadii_/Instagram

Rehan menggalas tugas memakai pilihan kostum watak-watak kartun terkenal seperti Dora the Explorer, Upin & Ipin serta Spongebob Squarepants.

https://www.instagram.com/p/CEXxUxwpGaj/

rhmadii_/Instagram

"Wangnya agak lumayan. Boleh buat beli nasi bungkus untuk dibawa pulang ke rumah," kata Rehan ketika di tanya Rahmadi.

Ketika semua orang di luar begitu gembira dapat memeluk maskot dengan watak kartun kegemaran mereka, Rehan menahan pahit getir dari dalam demi memikirkan keperluan keluarganya.

Budak lelaki bekerja cari rezeki sebagai maskot dengan berjalan 10km setiap hari demi meringankan beban keluarga Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...