EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Budak basikal lajak 'insaf' dalam van mayat

0 month ago, 11-Feb-2020

SEKUMPULAN remaja geng basikal lajak dihukum masuk ke dalam van jenazah sebelum disoal siasat dan diberi nasihat.

Video kejadian itu yang tular di media sosial sejak kelmarin menarik perhatian netizen yang menganggap tindakan itu mampu memberi keinsafan kepada remaja nakal itu.

Difahamkan sebelum dicekup, kumpulan basikal lajak itu sedang asyik bermain di Jambatan Raja Muda Nala dari arah Tanjung Syawal menghala ke Teluk Pulai, Klang, Selangor.

Mereka bagaimanapun ditahan badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pertubuhan Ukhwah Kebajikan Van Jelata Selangor yang aktif membantu menguruskan jenazah insan kurang berkemampuan, daif, fakir miskin, mualaf, orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan sudah dimaklumkan berhubung video itu.

Difahamkan kejadian berlaku pada jam 2.30 pagi Ahad lalu, di hadapan sebuah restoran di Teluk Pulai. Kumpulan NGO itu menanti kepulangan rakan menghantar jenazah daripada Hospital Kuala Lumpur ke Kampung Sireh, Klang.

Mereka bagaimanapun ternampak beberapa kanak-kanak lelaki bermain basikal lajak dari arah Tanjung Syawal (Klang Utara) menghala ke Teluk Pulai (Klang Selatan).

Mereka (enam hingga tujuh individu) sepakat mengambil tindakan cuba menahan dan menasihati kumpulan basikal lajak itu membabitkan hampir 15 individu berusia antara sembilan tahun hingga 15 tahun.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menahan seorang kanak-kanak lelaki sebelum dibawa ke dalam van jenazah. Kanak-kanak itu diberi amaran dan nasihat sebelum dibebaskan tanpa dipanggil ibubapa mereka, katanya ketika dihubungi.

Shamsul Amar berkata, beberapa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas kanak-kanak basikal lajak ialah tindakan saman mengikut Kaedah Lalulintas 166/59.

Ini membabitkan kesalahan tiada lampu keselamatan pada basikal selain basikal digunakan tidak mempunyai brek dan loceng.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...