EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Gaya buang sampah paling cool abad ini, mesti ramai yang akan cuba selepas ini!

0 month ago, 04-Apr-2021

Dalam ramai kawan-kawan kita pasti ada seorang , dua yang sememangnya kelakar dan lucu. Apa sahaja yang dikatakan atau dilakukan pasti akan buatkan ramai tergelak. Terkadang reaksi mereka spontan sahaja tetapi boleh buatkan kita pecah perut.

Kali ini reaksi spontan budak lelaki ini pasti akan buat anda pula yang tergelak. Apa yang dilakukan hanya lah dengan membuang sampah di dalam tong sampah tetapi caranya memang sangat lah cool

Twitter

Apa yang dilakukannya ialah dengan membaling sampah ke udara sebelum dia membuka penutup tong sampah. Sampah yang dibaling tadi dilihat terus masuk ke dalam tong dengan jayanya. Selepas selesai dengan misinya, kanak-kanak ini terus berlalu pergi dari situ, mungkin dia bangga dengan apa yang dilakukannya.

Twitter

Buat kita yang melihatnya pasti merasakannya ianya sangat lucu. Budak lelaki itu hanya membuang sampah, tetapi caranya boleh buat ramai ketawa.

Video tersebut telah ditonton lebih daripada 400 ribu kali di Twitter. Rata-rata netizen di laman sosial itu turut berasa geli hati dengan telatah selamba kanak-kanak itu. Pasti ramai yang menontonnya berulang kali!



SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...