EdisiViral.Com Search Guest Post Login

De Bruyne janji ikut jejak Kompany

0 month ago, 11-Sep-2019

KEVIN De Bruyne berjanji kepada bekas rakan sepasukan di Manchester City, Vincent Kompany bahawa dia akan menyertainya di Anderlecht selepas meninggalkan Etihad.

Kompany dilantik pengurus dan pemain kelab belgium itu pada Jun lalu selepas 11 tahun bersama City.

City akan mengadakan perlawanan perpisahan untuk Kompany di Etihad awal pagi esok tetapi De Bruyne berharap dapat bekerjasama semula dengan pemain itu pada masa hadapan.

Saya harap kariernya selepas ini terus cemerlang seperti dinikmati ketika bersama City, katanya kepada The Sun. Saya beritahu dia supaya sediakan satu tempat kepada saya dalam masa setahun atau tujuh tahun lagi apabila tugas saya bersama City selesai.

Jika dia dapat melakukannya untuk saya maka saya sudah tahu destinasi seterusnya, tugas saya selepas ini. Saya sudah pasti merinduinya di City.

De Bruyne berkata Kompany memainkan peranan penting membawanya ke City dengan harga 54 juta (RM278 juta) dari Wolfsburg empat tahun lalu.

Menurutnya: Ketika City berusaha mendapatkan saya dari Wolfsburg, Vinny mendesak saya datang ke City dan beraksi bersamanya.

Dia kerap bertanya bila saya akan datang ke Etihad. Dia mendesak saya dengan berkata anda perlu ke sini.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com