EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Muka Breakout Sebab Face Mask, Produk Mamonde Boleh Rawat!

0 month ago, 26-Jun-2020

Norma baru Covid-19 termasuk memakai topeng muka setiap kali berada di tempat awam.

Walaupun memakai topeng muka membantu mengurangkan risiko penularan virus, pakar menyatakan bahawa sisa sebum, peluh dan solekan yang terperangkap di bawah topeng muka boleh merengsakan kulit, mengakibatkan keadaan kulit sensitif rentan terhadap kegatalan, sengatan, tona kulit kusam atau juga jerawat.

Untuk membantu pengguna memerangi kulit sensitif, Mamonde tampil dengan Blue Chamomile Soothing Repair Cream krim berasaskan gel yang berfungsi membantu menenangkan dan menyejukkan kulit yang kemerahan, dan juga membantu menambah kelembapan pada kulit.

Mamonde Blue Chamomile Soothing Repair Cream

Mamonde Blue Chamomile Soothing Repair Cream

Produk baru ini diselitkan dengan lima jenis asid Hyaluronic yang hadir dengan pelbagai fungsi sesuai untuk melembap, menyejuk dan menenangkan kulit.

  • 3D Hyaluronic Acid (Sodium Hyaluronate Crosspolymer) mengekalkan kelembapan dengan membentuk penghalang kelembapan 3D di permukaan kulit.
  • General Hyaluronic Acid (Sodium Hyaluronate) menjaga kulit lembap melalui kekuatan pelembapnya yang kuat yang membantu menarik molekul air.
  • Fine Hyaluronic Acid (Hydrolyzed Hyaluronic Acid) zarah-zarah halus ini membantu mengekalkan keanjalan kulit dengan kesan pelembabnya.
  • Super Hyaluronic Acid (Sodium Acetylated Hyaluronate) meningkatkan kapasiti penahan air pada kulit, yang menyokong peningkatan kandungan air dermal untuk pelembapan kulit yang lebih baik.
  • Ultrafine Hyaluronic Acid (Hyaluronic Acid) menembusi secara mendalam untuk memberikan kelembapan pada kulit.
Foto Arkib Wanista

Jadi kepada anda yang mengalami kulit bermasalah (acne-prone), atau sensitif? Jangan risau kerana Mamonde Blue Chamomile Soothing Repair Cream terbukti selamat dan berkesan.

Dengan kepuasan produk 100% yang diperoleh melalui tinjauan pelanggan, tidak hairanlah Mamonde Blue Chamomile Soothing Repair Cream kegemaran di kalangan wanita Korea.

Berharga RM125, Blue Chamomile Soothing Repair Cream (50ml) boleh didapati di semua kedai Watson utama seluruh negara dan juga dalam talian melalui Shopee, Lazada dan Zalora.

Info lanjut, boleh ke Facebook Mamonde Malaysia.

Muka Breakout Sebab Face Mask, Produk Mamonde Boleh Rawat! Wanista.com.

(Visited 1 times, 1 visits today)

SUMBER : rencahrasa.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...