EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bosan kangkang curi tin susu,8 Pencuri profesional tukar modus operandi curi pakaian pula

0 month ago, 11-Sep-2020


Lapan pencuri 'profesional' yang mendalangi kegiatan mencuri pakaian berjenama di beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang membabitkan kerugian lebih RM200,000 dicekup pihak polis awal bulan lalu.

Rupa-rupanya, kumpulan ini adalah serpihan 'Geng Susu Kangkang' yang dahulunya aktif mencuri susu tepung di pasar raya dan kedai runcit sebelum menukar modus operandi dengan menjalankan kegiatan mencuri pakaian.



Perkara ini disahkan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan yang berkata, kesemua suspek termasuk pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Klang dan Petaling Jaya pada 10 Ogos.


Ismadi berkata, kumpulan yang digelar Geng Bonda ini didapati menggunakan pelbagai taktik dan helah termasuk mengalih perhatian pengawal keselamatan selain mampu membawa keluar pakaian dicuri tanpa dikesan sistem pengesan yang diletakkan di pintu masuk dan keluar butik pakaian.

Kesemua suspek terdiri daripada warga Indonesia dan warga tempatan berasal dari Sabah itu kini masih ditahan dan usaha mengesan saki baki ahli kumpulan masih dijalankan.

Empat daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau seperti yang dilaporkan Harian Metro.Badan kuat dan sihat, tapi kerja nak mencuri sahaja. - CARI



SUMBER : penangkini.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...