EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kes Borang Rentas Negeri Lulus Sebelum Diisi, Polis Sahkan Terdapat Pemalsuan Tandatangan

0 month ago, 08-Apr-2021

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegramdisini!

Umum pasti mengetahui sejak pelaksanaan PKP 2.0 , kerajaan sekali lagi telah menguatkuasakan larangan merentas negeri dalam menangani wabak Covid-19.

Namun pengecualian diberikan buat mereka yang mempunyai urusan penting dimana orang ramai perlu membuat permohonan rentas negeri di balai polis berdekatan.

Namun sejak semalam tular di Twitter beberapa paparan screenshot yang diambil dari IG Story seorang invididu dimana daia berkongsi foto berjaya mendapat kelulusan rentas negeri berdasarkan scop dan tandatangan daripada Balai Polis Chukai, Terengganu meskipun borang permohonan rentas negerinya belum diisi.

Foto tersebut membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimanakah dia boleh mendapat pengecualian berkenaan memandangkan mengikut prosedur mereka yang ingin merentas negeri perlu mengemukakan surat dan mengisi borang menjelaskan tujuan sebelum mendapat tandatangan daripada balai polis berkenaan.

Terbaru Polis Daerah Kemaman mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan dibuka berhubung isu tersebut.

Terdapat pemalsuan tandatangan

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KEMAMAN

Borang Rentas Negeri Disalahgunakan.

: Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman

Bacaan lanjut menerusi pautan: https://t.co/HSsWbg2wWV pic.twitter.com/5nOy0aRVxQ

— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) April 7, 2021

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, siasatan awal mendapati terdapat pemalsuan tandatangan Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohd. Ramizan Ramli dalam borang rentas negeri yang tular berkenaan.

Borang ini difahamkan telah diberikan kepada seorang individu yang mahu ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temuduga pada 8 April.

Borang rentas negeri ini telah diberikan kepada seorang wanita (m) untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur dengan tujuan menghadiri temuduga bagi mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April.

Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana melakuian pemalsuan dengan niat hendak menipu telah dibuka, katanya menerusi kenyataann itu lagi.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...