EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ego, Bongkak! Tiz Zaqyah Tak Faham Kenapa Perlu Tolak Vaksin

0 month ago, 12-Oct-2021

Tulis pelakon jelita, Tiz Zaqyah di akaun media sosialFacebooknya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil suntikan vaksin COVID-19 yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Advertisement

Tiz yang sebelum ini pernah dijangkiti COVID-19 juga bertanya kepada mereka yang menolak vaksin, apakah yang mereka mahukan dan apa yang ingin mereka lawan.

Ambillah vaksin. Manusia, manusia. Pasal kebaikan pun nak bergaduh. Ego. Bongkak. Semua orang dah vaksin, kamu saja belum.

Di ruangan komen hantaran tersebut, Tiz membalas beberapa komen netizen yang memberikan pelbagai alasan untuk menolak pengambilan vaksin.

Antara balasan Tiz adalah apabila ada netizen menyalahkan panggilan vaksinasi yang tidak diterima walaupun selepas mendaftar sejak April.

Kau yang tak nak usaha. Aku siap kena COVID-19 tunggu tiga bulan nak ambil vaksin. Alhamdulillah, aku dah ‘setel’.

Tiz zaqyah

Dalam hantaran sama, Tiz turut berkongsi pautan berita yang melaporkan mengenai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang meminta laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat terhadap seorang pengguna Twitter atas penyebaran berita palsu berhubung vaksin COVID-19.

Jadi, ambillah vaksin anda ye.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ego, Bongkak! Tiz Zaqyah Tak Faham Kenapa Perlu Tolak Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...