EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Call Bomba sebab nampak kepala ular, rupanya kepala katak saiz telur gred C

0 month ago, 22-Nov-2020


Pekerja penyelanggaraan menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan selepas mendakwa ternampak kepala 'ular' di dalam lubang pada pangkal pokok mangsa di Taman Bukit Baru, Ayer Keroh.


Komander (Operasi) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari individu itu pada jam 4.53 petang kelmarin dan sepasukan anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian. 


Sebaik saja tiba di lokasi, pemeriksaan mereka mendapati tiada ular yang ditemui seperti yang dilaporkan. Sebaliknya, seekor katak bersaiz sebiji telu ayam gred C ditemui dalam lubang pangkal pokok mangga tersebut. 


Hasil pemeriksaan menjumpai seekor katak bersaiz sebiji telur ayam gred C berada dalam lubang pangkal pokok mangga berkenaan dan telah memaklumkannya kepada pengadu bahawa ianya bukanlah ular seperti disangka, katanya.


Pengadu memohon maaf di atas kesilapan itu. Namun pihak bomba menganggap insiden itu mencuit hati dan melucukan. 


"Mungkin tindakan pengadu adalah kerana dia amat berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan yang boleh membahayakan nyawa," katanya.


: Kosmo Online



SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic


loading...