EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak boleh rentas, jangan rentas Fazura

0 month ago, 03-Apr-2021

Umum sedia maklum, kebenaran rentas negeri masih dilarang sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpuas hati dengan penurunan kes COV1D-19.

Namun, syarat tersebut dilonggarkan bagi mereka yang mempunyai urusan kerja atau kes kecem4san selepas meminta kebenaran pihak polis di lokasi masing-masing.

Terbaru, tindakan pelakon popular Fazura yang memberi komen mengenai rentas negeri menerusi program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) malam tadi mengundang perhatian warganet di laman Twitter.

Menerusi perkongsian @farhanzulkefly, Fazura yang menjadi salah seorang juri memberikan komen kepada kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fad Bocey dan Fakhrul UNIC berdasarkan persembahan mereka.

sampai seludup mak bapa. Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP)kan. Tak boleh rentas, jangan rentas,katanya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mempersoalkan adakah itu komen umum selain mendakwa terdapat unsur perli kepada individu tertentu.

Kita kenalah patuh SOP. Tak boleh rentas, jangan rentas Fazura

Kahkahkah sekali dia perli kat live show ????

Farhan Zulkefly (@farhanzulkefly) April 2, 2021

Malah ada juga memuji tindakan Fazura, sebagai public figure yang mempunyai pengaruh besar sekali gus dapat menasihati dan mengingatkan rakyat mengenai pematuhan terhadap SOP.

Program MLS disiarkan secara langsung setiap Jumaat, jam 9 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melalui Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

:Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw

: http://trendingkini.pw/



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...