EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

BOLEH KE LUAR NEGARA TANPA #MYTRAVELPASS BERKUAT KUASA ESOK PM

0 month ago, 10-Oct-2021

Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara tanpa perlu mendapatkan #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), berkuat kuasa 11 Oktober (Isnin).

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.

“Pemansuhan tersebut adalah untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan.

“Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan mereka yang masih belum divaksin untuk segera mengambil vaksinasi COVID-19 untuk menikmati kelonggaran-kelonggaran yang telah diberikan bergantung kepada syarat lengkap vaksinasi.

Jelasnya, pengambilan vaksin dapat mengurangkan risiko jangkitan, mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk, mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 serta mengurangkan beban sistem kesihatan.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...