EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Isu Chin Peng: Dia Tak Boleh Buat Apa, Cuma Abu Dia Saja Yang Balik Tun Mahathir

0 month ago, 28-Nov-2019


Isu abu mayat Chin Peng tidak perlu diketengahkan oleh mana-mana pihak yang terlibat, kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir.

Bagi beliau, pemimpin parti Komunis Malaya (PKM) itu sudah meninggal. Banyak orang yang dulu dera orang kita macam orang jepun apa semua tetapi kita lupakan yang lama sahaja. Dia tidak boleh buat apa.

Cuma abu dia sahaja yang balik. Kita beri Shamsiah Fakeh balik pun tiada siapa complaint. Kenapa? Sebab dia Melayu kot? Ada lain lagi. Tapi Chin Peng memang kita tak mahu terimalah sebab dia ketua, katanya dalam satu sidang media. 


Bagaimanapun, ucap Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak tolak kemungkinan ada pihak yang mempunyai agenda tersendiri terhadap isu berkenaan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan mayat atau abu mayat Chin Peng tidak akan dibenar dibawa masuk ke negara ini sebagai menghormati keluarga dan waris anggota pasukan keselamatan serta rakyat yang terkorban ketika PKM melancarkan perang gerila untuk menggulingkan kerajaan ketika itu.

Terdahulu, abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan tiba di Ipoh, Perak pada 16 Sept lalu dan dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari yang sama.

: Astro Awani via Siakapkeli.my



Live Website Traffic


loading...