EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak jadi boikot Foto pelanggan bawa anak kecil shopping baju raya, cetus kerisauan

6 month ago, 13-May-2020

Terdahulu, kecoh sekejap Malaysia dengan isu adik kepada usahawan Jakel, mengeluarkan kenyataan di IG didakwa menyentuh sensitiviti kaum Melayu, sehinggakan ramai mahu melancarkan boikot.

Akan tetapi nampaknya, tidak semua mahu turut serta dalam boikot yang dilancarkan, apabila dilihat baru-baru ini Jakel sudah mula dipenuhi dengan pelanggan yang datang untuk mencari busana baju raya.

Sebenarnya jika mahu membeli belah dengan mengikut SOP yang betul, mungkin tidak menjadi masalah. Namun, apa yang ditakutkan apabila terdapat segelintir orang yang tidak mengambil cakna isu keselamatan dalam mencegah Covid-19.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ahmad Naim, memaparkan beberapa foto para pelanggan di Jakel membeli-belah sambil membawa anak kecil bersama.

Siapa yg betul dalam hal ini? JAKEL yg tidak ikut SOP sehingga membenarkan budak kecik masuk dlm premis atau Melayu yg cerdik yg membawa anak anak ikot shopping

Posted by Ahmad Naim onMonday, May 11, 2020

Di dalam kapsyen, pengguna Facebook tersebut meluahkan kekeliruan, pihak manakah yang perlu disalahkan dalam hal ini?

Siapa yang betul dalam hal ini? JAKEL yang tidak ikut SOP sehingga membenarkan budak kecil masuk dalam premis atau Melayu yang cerdik membawa anak-anak ikut shopping

Lihat sendiri menerusi foto yang dikongsikan, boleh dikatakan satu keluarga keluar pergi membeli baju raya dan dapat diperhatikan juga keadaan di dalam premis tersebut juga sedikit sesak dengan pelanggan.

Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan ramai dalam kalangan netizen menyelar tindakan segelintir ibu bapa membawa anak kecil keluar bersama ke tempat yang sesak dengan orang ramai, disifatkan sangat berisiko mendapat jangkitan.

Suasana seperti itu sememangnya mendatangkan kerisauan ramai pihak, kerana selagi kita belum bebas daripada Covid-19, adalah sebaiknya kita lebih berhati-hati.

: Ahmad Naim



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...