www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Saya boikot pelakon utama -Penerbit drama Dia Menantu Rahsia selar sikap Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose?

0 month ago, 13-Feb-2019


Selain melakonkan watak dalam sesebuah drama, seorang pelakon juga turut dikehendaki mempromosikan drama lakonan mereka kepada peminat supaya sesebuah drama mencapai rating tontonan yang dikehendaki produksi.

Namun ia tidak terjadi dalam produksi drama Dia Menantu Rahsia yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3. Penerbit terkenal Datuk A. Aida meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada prestasi pelakon utama drama tersebut iaitu Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose.

Menurut penerbit drama tersebut, pelakon drama tersebut tidak memberikan kerjasama dari segi promosi drama di laman sosial masing-masing.

A. Aida menyifatkan ini adalah pengalaman terburuk sepanjang lebih 20 tahun terlibat dalam dunia penerbitan apabila pelakon utama drama tidak membantu mempromosikan drama lakonan.

Penerbit drama berusia 49 tahun itu juga turut akan bertindak memboikot pelakon utama tersebut, kerana gagal menjalankan tanggungjawab selaku pelakon untuk memberikan yang terbaik buat drama lakonannya.

Jalan terbaik adalah senarai hitam nama mereka daripada produksi saya. Sebagai Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) saya akan maklumkan pada ahli supaya jangan ambil artis yang tidak bagi kerjasama. Itu saja cara nak ajar mereka.

Mengimbau kembali drama di bawah penerbitannya, A. Aida telah membandingkan drama Andainya Takdir yang jauh lebih popular dan ditonton ramai kerana kejayaan pelakon yang membantu menjalankan promosi drama di Instagram.

Menurut A. Aida, jikabukan pelakon utama yang membantu promosi drama lakonan sendiri siapa lagi hendak diharapkan.

Hari ini sudah masuk episod ke-11. Kalau boleh, saya nak drama ini pun berjaya seperti drama lain dan yang ditayangkan menerusi slot ini sebelumnya.

Berdasarkan tinjauan peminat, heroin drama Dia Menantu Rahsia, Raysha Rizrose tidak mempromosi drama lakonannya di Instagram.

Kali terakhir pelakon ini memuat naik sedutan video drama adalah pada 29 Januari lepas iaitu ketika kali pertama drama ini ditayangkan.

Namun apabila diajukan siapakah antara pelakon utama yang tidak menjalankan tanggungjawab tersebut, A. Aida enggan mendedahkan nama pelakon tersebut.

: Harian Metro

Komen




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts