EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Boeing 737 Max akan kembali

0 month ago, 15-Jan-2020

SETAHUN selepas insiden mengejutkan dunia penerbangan membabitkan pesawat Boeing 737 MAX, model berkenaan dikatakan akan kembali tahun ini, selepas mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.

Industri berkenaan berdepan gangguan pasaran apabila 800 pesawat model berkenaan yang disimpan sebelum ini dijangka dilepaskan dan secara tidak langsung mengganggu nilai pesawat badan kecil yang berpotensi menjadikan tambang lebih mahal, kata IBA.

Sejak Mac tahun lalu, selepas dua nahas yang membabitkan model sama, syarikat penerbangan mencari pesawat alternatif atau memanjangkan tempoh pajakan sedia ada yang mana menyebabkan peningkatan kadar kontrak dan nilai pesawat terpakai Boeing dan Airbus.

Syarikat penerbangan dan pemberi pajakan berdepan risiko apabila model berkenaan kembali dalam pasaran yang menyebabkan lambakan kapasiti.

Ketua Pegawai Operasi IBA, Stuart Hatcher berkata, dalam tempoh dua tahun, industri akan melihat penghantaran pesawat yang kerap.

Ia disifatkan sebagai tidak pernah dilihat sebelum ini di mana 800 pesawat 737 MAX bersedia untuk beraksi selepas mendapat kelulusan.

Ia akan menjadi tempoh yang sibuk kerana banyak penghantaran dibuat (kepada syarikat penerbangan), katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...