EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Isu Buat-Buat Bodoh : Prof Muhaya Mohon Maaf, Video Lama Tular Kembali

0 month ago, 11-Jun-2021

Pakar motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu Buat-Buat Bodoh yang tular baru-baru ini.

Video Lama Tular Kembali

Menerusi laman media sosial nya, Muhaya menjelaskan bahawa video tular berdurasi 56 saat tersebut sebenarnya merupakan sedutan daripada sebuah perkongsiannya pada 6 Februari lalu sebelum kembali hangat diperkatakan.

IKLAN

Untuk makluman, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk ANTARA CINTA DAN CITA-CITA.

Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga

Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan jelas Muhaya

Mohon Maaf Secara Terbuka

Malah, pakar mata ini juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak di atas salah faham yang terjadi serta berterima kasih kerana sedia menanti penjelasannya daripadanya.

Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda

Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya tulisnya

Susulan itu, Muhaya secara bermurah hati menghadiahkan nota ringkas mengenai perkongsiannya isu yang tular itu sebagai rujukan persoalan yang timbul sebelum ini. Terdahulu, kenyataan Muhaya mengenai wanita perlu menjadi kurang bijak kepada suami telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai termasuklah golongan selebriti dan public figure.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...