EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bisnes laku keras Tak lokek kongsi rezeki, lelaki beri makan kucing jalanan

0 month ago, 19-Nov-2020

Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan dimana kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.

Seperti sebuah posting di Facebook, seorang pemuda bernama Kamarul Arifin Ahmad telah berkongsi beberapa fotonya ketika memberi makan kepada kucing-kucing jalanan.

Kamarul menyediakan makanan kucing di bahagian bonet keretanya, sekali pandang memang seperti sedang berjual beli sebaliknya dia sekadar berkongsi rezeki dengan si comel berkenaan.

Alhamdullilah hari ini saya buka bisnes car booth laku keras walaupun tiada keuntungan tapi saya percaya suatu masa nanti ada ganjarannya

Menjengah ke beberapa posting lain, rupa-rupanya pemuda itu memang seorang pencinta haiwan tersebut dan telah banyak kucing yang berjaya diselamatkan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat tindakan murni Kamarul selain mendoakan agar pemuda ini sentiasa dimurahkan rezeki.

: Kamarul Arifin Ahmad



SUMBER : ohmymedia.cc

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...