EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tin biskut penyelamat

0 month ago, 24-Mar-2020

SEORANG lelaki terpaksa berpaut pada tin biskut untuk terapung di laut selepas terjatuh dari sebuah bot nelayan di Perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kelmarin.

Mangsa, Ayub Musa, 35, ditemui di kedudukan tiga batu nautika timur Sedili Besar oleh nelayan tempatan pada 8 pagi, hari ini.

Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan lemah kerana hampir 15 jam terapung di laut.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan mangsa oleh orang awam.

Katanya, bot ronda kemudian digerakkan ke lokasi.

Mangsa adalah awak-awak sebuah bot nelayan tempatan. Dia dipercayai terjatuh ke laut kira-kira 5 petang pada 22 Mac lalu tanpa disedari rakan sekerja lain.

Mangsa yang terjatuh sempat berpaut pada tin biskut yang ditemui terapung di laut. Dia bernasib baik dijumpai oleh nelayan tempatan pagi ini, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili dan seterusnya ke klinik kesihatan terdekat bagi mendapatkan rawatan awal.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...