EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Biskut Mama Carey, Renyah Dibuat Tapi Tetap Ramai Peminat

0 month ago, 23-May-2020

Biskut ni kalau nak dibuat memang tangan kena seni. Nak buat biskut tu dah satu hal. Nak melukis atas biskut tu pun satu hal. Memang agak renyah nak buat biskut mama carey tapi biskut ni ramai peminat tau.

MAMA CAREY

BAHAN-BAHAN
200 gram mentega
110 gram gula aising
Secubit garam
1 biji telur ayam
300 gram tepung gandum
1 sudu besar susu tepung

BAHAN AISING
1 biji putih telur
180 gram gula aising
1 sudu besar tepung jagung
Coklat emelco

CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega, gula aising dan garam yang telah diayak. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung dan susu tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
3. Bungkus doh di dalam plastik dan masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 15 minit.
4. Panaskan oven, keluarkan doh yang telah disejukkan tadi. Canai doh dan tekap dengan acuan.
5. Bakar adunan 150 c selama 10 minit sehingga separuh masak.

CARA MEMBUAT AISING
1. Pukul putih telur sehingga kembang.
2. Masukkan gula aising dan tepung jagung. Pukul bahan dengan highspeed sehingga adunan likat.
3. Masukkan dalam piping bag, dan piping ke atas biskut. Buatkan corak menggunakan coklat emelco.
4. Bakar sekali lagi selama 10 minit sehingga adunan masak. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Biskut Mama Carey, Renyah Dibuat Tapi Tetap Ramai Peminat RASA.

(Visited 1 times, 1 visits today)

SUMBER : rencahrasa.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...