EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Biola kembali pada tuannya

0 month ago, 04-Nov-2019

LONDON: Seorang ahli muzik Britain yang tertinggal biola di atas gerabak komuter ditemukan kembali dengan alat muziknya itu yang berusia 310 tahun di tempat letak kereta di sebuah pasar raya selepas merayu kepada orang awam agar memulangkannya.

Menurut polis, tiada tindakan lanjut diambil ke atas lelaki berkenaan yang memulangkan biola bernilai kira-kira 250,000 paun (RM1.3 juta).

Biola saya dalam keadaan selamat! Terima kasih kerana banyak memberikan sokongan, kata Stephen Morris menerusi Twitter.

Dia tertinggal biola itu yang dibuat oleh seorang tukang terkenal, Rom David Tecchler pada 1709, di dalam komuter di luar London, pada Selasa lalu.

Menurut BBC, lelaki dikenali sebagai Gene mengatur pertemuan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya pada Jumaat lalu dan menyerahkan biola berkenaan.

Dia berasa sangat menyesal dan mahu menyerahkannya sendiri kepada saya, kata ahli muzik itu sambil menambah biola dan busurnya masih utuh.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...