EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Biodata Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

0 month ago, 05-Dec-2019

Pada Jumaat lalu, baginda permaisuri turut memuat naik foto Tengku Hassanah dengan kapsyen: “My beloved son Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Tengku Hassanal dalam foto berkenaan segak memakai seragam tentera sambil mengangkat tabik hormat dalam satu acara sebelum ini.

Berikut adalah biodata rasmi Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Tengku Hassanal telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Pendidikan:

2002 2005 : Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang

2006 2009 : Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom

2009 2014 : Sherbone School, London, United Kingdom

2015 2018 : University Institute Geneva School Of Diplomacy and International Relations
Bachelor of Arts In International Relations

27 September 2018 : Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan

1 Januari 2019 – 14 Disember 2019 : Commisioning Course, Royal Military Academy Sandhurst

Ketenteraan:

31 Oktober 2018 – Pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia

Pelantikan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang:

Pada 18 Jun 2018 telah dilantik menjadi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Pelantikan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang : Istiadat pemasyhuran telah diadakan pada 29 Januari 2019 di Balairung Seri Istana Abu Bakar Kuantan. Pelantikan Tengku Hassanal sebagai Pemangku Raja Pahang bagi menggantikan ayahanda baginda yang ketika itu bakal melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sukan:

Tengku Hassanal amat meminati bidang sukan. Pada 25 Jun 2016, Tengku Hassanal telah mengikuti acara perlawanan amal yang dinamakan The Jerudong Park Polo Trophy bersama Putera William, Duke of Cambridge dan Putera Harry di Cirencester Park Polo, England.

Selain meminati sukan berkuda polo, Tengku Hassanal juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat.


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...