www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Biodata Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah

0 month ago, 13-Jan-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedang rancak dalam carian buat masa ini adalah siapa yang akan gantikan Agong dan penggantian Sultan Pahang yang baru disebut ramai. Mari kenali siapa Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tengku Mahkota Pahang telah diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Baginda ialah paduka anakanda keempat kepada Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Afzan. Kakanda tertua baginda ialah Tengku Meriam. Baginda ialah paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya, seorang lagi putera ialah Tengku Muda Pahang.

Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak, sepak raga jaring. Atas minat dan kebolehan yang ditunjukkan, Baginda telah terpilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri di dalam permainan bola sepak.

Biodata Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah

Nama :
KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahDK., SSAP., SIMP., DK.(Terengganu)., DK.(Johor)., SPMJ., PAT.

Pendidikan :

– Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) 1981
– Royal Military Academy, Sandhurst, England 1979-1980
– Davies College, London Advance School 1978-1979
– Aldenham School, Elstree Hertfordshire Advance School 1975-1978

Ketenteraan :

– Brigadier General, Regiment 505 Voluntary Army 1st April 2004
– Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st June 2000
– Lieutenant Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st May 1999
– Captain, Corp Cavalry of Malaysian Army 1980
– 2nd Lieutenant, Royal Military Academy, Sandhurst, England 1980
(Commissioned by Queen Elizabeth II)

Nama Isteri :

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
DK., SSAP., SIMP., DK.(Johor)., SPMJ., PKC., PKT., PJK.
Tarikh Lahir : 05/08/1960
Tarikh Perkahwinan : 06/03/1986

Putera dan Puteri :
(empat putera dan lima puteri)

1- Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SIMP.
2 – Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan binti Tengku MahkotaTengku Abdullah
3 – Yang Mulia Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
4 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SSAP.
5 – Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
6 – Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah
7 – Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah
8 – Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
9 – Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah‘Athiyatullah binti Tengku MahkotaTengku Abdullah

Jawatan disandang :

  • Canselor, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Canselor, Universiti Pahang Malaysia (UMP)
  • Canselor,DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia
  • Bola Sepak
    President Pahang Football Association (1984
    Deputy President of Football Association of Malaysia (FAM) (- 2014)
    President of Football Association of Malaysia (FAM) (2013- 2017)
    Council Member of ASEAN Football Federation (AFF) (- current)
    Vice President of Asian Football Confederation (- 2015)
    Member of FIFA Executive Committee (FIFA) (2015- current)
  • Hoki
    President of Malaysian Hockey Confederation (MHC) (2008 2015)
    President Asian Hockey Federation (2014 current)
    Member of Executive Board of International Federation of Hockey (2012 current)
  • Polo
    President of Royal Malaysian Polo Association (RMPA) (- current)
    President of Royal Pahang Polo Club (RPPC) (- current)
  • Tenis
    President of Royal Pahang Tennis Club (RPTC)
  • Skuasy
    President of Pahang Squash Club (PSC)
  • Golf
    President of Royal Pahang Golf Club (RPGC)

Pencapaian:

  • Chairman of the Organising Committee of the 1997 FIFA World Youth Championship Malaysia
  • Member of the Organising Committee of 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
  • Chairman of the Organising Committee of 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
  • Chairman of Organising Committee of 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
  • Chairman of 2015 AFC Asian Cup Australia

Pada 1 Julai 1975, Baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Pada usia Baginda baru sahaja menjangkau 20 tahun, Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 . Baginda yang telah dididik dan dilatih dengan ilmu pengetahuan dan kepimpinan, Baginda telah dapat menyempurnakan tanggungjawab yang berat dengan sempurna.

Baginda menjadi Pemangku Raja Pahang untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh ayahanda Baginda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-VII.

Selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Baginda juga tidak ketinggalan dalam menasihati rakyat supaya sentiasa mengimarahkan masjid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan untuk faedah dunia dan akhirat.

Baginda sentiasa menggalakkan supaya masjid yang telah dibina oleh Kerajaan digunakan dengan sepenuhnya oleh rakyat jelata.




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts