EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bintang Youtube, Nikkietutorials Buat Pengakuan Dia Sebenarnya Transgender

0 month ago, 15-Jan-2020

Menerusi akaun Youtube yang mempunyai lebih 12 juta langganan itu, buat pertama kalinya Nikkie membuat pengakuan yang dia sebenarnya adalah seorang transgender atau mak nyah. Dalam video itu Nikkie berkata Sewaktu masih kecil saya dilahirkan dalam tubuh yang salah, yang mana saya saya adalah transgender. Memuat naik video ini agak menakutkan saya namun ia membuat saya berasa lega dan lebih bebas. Sudah lama saya mahu berkongsi kisah ini tapi saya tak tahu bilakah waktu yang tepat untuk melakukannya.

Dunia ini penuh dengan label dan saya tak pernah berasa selesa dengan apa-apa label, luah Nikkie de Jager atau lebih dikenali sebagai NikkieTutorials menerusi video yang sudah ditonton lebih 22 juta orang itu.

Saya pernah diugut oleh seseorang yang mahu membongkarkan rahsia ini kepada media. Pada awalnya saya berasa takut. Saya takut bila menyedari ada orang-orang di luar sana yang begitu jahat dan tidak menghormati identiti orang lain. Nikkie mengakhiri videonya dengan satu baris ayat yang penuh makna, This ones for you, yang ditujukan kepada individu yang mengugutnya sambil menunjukkan jari tengah.

Menurut Nikkie salah satu faktor yang membuatkan dia lebih senang tidak berkongsi hal jantinanya sebelum ini kerana dia mahu mereka yang menonton video tutorialnya memberi fokus kepada hasil kerja seninya semata. Seperti katanya, let art do the speaking for me.

Nikkie yang berasal dari Netherlands mula melancarkan akaun Youtube pada tahun 2008 dan muat naik video berjudul The Power of Makeup pada tahun 2015 mencetus fenomena tersendiri dan sehingga kini sudah ditonton lebih 40 juta orang. Menerusi akaunnya itu dia pernah bekerjasama dengan Lady Gaga dan Kim kardashian dengan kolaborasi bersama jenama alt solek terulung, Maybelline.


SUMBER : eh.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...