EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bintang Superman, Henry Cavill Setuju Bergandingan Dengan Tom Cruise Dalam Filem Mission : Impossible 6

32 month ago, 23-Mar-2017

Bintang filem Superman, Henry Cavill bersetuju untuk menyertai pembikinan filem Mission : Impossible 6.

 

Gambar : Google

 

Aktor kacak berusia 33 tahun ini bakal bergandingan bersama Tom Cruise di dalam pembikinan filem aksi sambungan yang keenam itu selepas berbalas komen menerusi satu post di Instagram yang dikongsikan oleh pengarah filem tersebut iaitu Christopher McQuarrie.

 

 

McQuarrie telah memuat naik sekeping gambar dirinya yang sedang berdiri di atas tebing batuan dengan kapsyen bertulis “Jawab, @henrycavill. Cuba fikirkan. Tertanya-tanya jika awak berminat untuk memegang watak di dalam sambungan filem Mission : Impossible 6. Tiada paksaan.”

 

Say, @henrycavill. Had a thought. Curious if you're interested in a role in the 6th installment of Mission: Impossible. No pressure.

A post shared by Christopher McQuarrie (@christophermcquarrie) on

 

Projek tersebut bakal menampilkan kembali Tom Cruise, Rebecca Ferguson dan Jeremy Renner. Cavill kemudiannya membalas pertanyaan McQuarrie itu dengan menulis komen “How can I say no to a man with such perfect hair.

 

 

McQuarrie dengan segera membalas komen tersebut “Bagus. Hanya ada beberapa kaveat : mesti menikmati ketinggian melampau, kelajuan maksimum, segala jenis kenderaan bermotor (terutamanya kapal terbang), practical stunts, senjata dan ekspo sekali-sekala. All good?”

 

Cavill menjawab “Only if I get to fly for real.”

 

I do believe I specified practical stunts. You in?” balas McQuarrie.

 

Dengan segera Cavill menjawab “Oh ok…I’m in!

 

McQuarrie akan kembali mengarah dan menulis filem tersebut selepas debutnya pada tahun 2015 di dalam filem ke-5 Mission: Impossible – Rogue Nation.

 

Filem ini dijangka akan menggegar pawagam pada Julai 2018.

Bintang Superman, Henry Cavill Setuju Bergandingan Dengan Tom Cruise Dalam Filem Mission : Impossible 6 EH!.


SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic


loading...