EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Biden sah menang di Georgia

0 month ago, 20-Nov-2020

Washington : Calon Demokrat Joe Biden disahkan menang di Georgia, Amerika Syarikat, selepas kiraan semula undi dibuat secara manual, selesai.

"Audit mengesahkan bahawa kiraan mesin yang asal menggambarkan pemenang pilihan raya dengan tepat," kata kenyataan yang disiarkan di laman web Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger.

Pengesahan itu menjadikan Biden sebagai calon presiden Demokrat pertama yang memenangi negara AS selatan dalam hampir tiga dekad, walaupun saingannya Donald Trump mendakwa beliau menipu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2020 @ 11:19 AM



SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...