EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Muat naik foto biceps dengan lengan urat timbul, Saharul Ridzwan digelar Hulk Malaysia

0 month ago, 13-Aug-2019

Nama Saharul Ridzwan tidak asing lagi dalam industri lakonan, mula dikenali menerusi drama Hati Perempuan. Namun, selain daripada lakonan, nampaknya peminat lebih tertumpu kepada perubahan imejnya.

Umum sedia maklum, pelakon kacak ini semakin aktif bersenam di gimnasium. Terbaru, foto yang dimuat naik di Instagramnya, memaparkan tubuh sadonya membuatkan ramai yang terpegun.

Lihat sahajalah foto terkini Saharul, jelas menunjukkan biceps yang sado, maka tidak hairanlah ada yang sebelum ini menyamakan bentuk tubuh hero drama itu dengan watak Avengers, Hulk.

Ramai yang terkejut dan teruja melihat perubahan badan Saharul. Jika nak dibangdingkan tubuh bandannya sekarang, memang berbeza sekali dengan dahulu.

Rata-rata netizen, ramai meluahkan rasa kagum dengan badan sado pelakon itu. Malah, ada juga yang gerun kerana Saharul kelihatan amat besar ditambah dengan urat-urat lengan yang timbul.

: Saharul Ridzwan

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com