EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bicara 1MDB: Wang untuk beli tanah di Pulau Pinang

0 month ago, 15-Sep-2020

 

Najib menyatakan 1MDB akan membina rumah mampu milik di Ayer Hitam, Pulau Pinang.


KUALA LUMPUR: Wang terbitan bon berjumlah AS$3 bilion oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan untuk membeli tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang sebagai satu inisiatif UMNO berkempen bagi pilihan raya pada 2013.

                             

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman, berkata ketika berkempen dalam satu ceramah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan tanah yang dibeli itu akan dimajukan 1MDB untuk membina rumah mampu milik di negeri terbabit.

 

Beliau berkata, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low memberitahunya, wang daripada terbitan bon itu disegerakan kerana akan digunakan bagi tujuan pilihan raya dan membayar hutang Standard Chartered yang dulunya dipinjam untuk membiayai Pelaburan Petro Saudi.

 

Katanya, 1MDB memerlukan wang yang banyak dengan kadar segera sehingga sanggup membayar fi yang tinggi kepada syarikat Goldman Sachs dalam penerbitan bon itu.

 

Mohd Hazem berkata, demikian pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik wang 1MDB dihadapi bekas Presiden UMNO, Najib.

 

Beliau berkata, pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB sudah maklum bahawa setiap arahan daripada Jho Low, datang daripada Najib.

 

Katanya, beliau sejak awal lagi mengetahui bahawa dana di luar negara dikawal oleh peguam syarikat, Jasmine Loo dan Jho Low, tanpa ada campur tangan daripada Lembaga Pengarah.

 

Katanya, beliau tidak bertanya banyak (mengenai arahan diterima) kerana melalui pengalamannya segala yang diminta oleh Jho Low dan Jasmine sebenarnya diminta oleh Najib sendiri.

 

"Saya ada menghubungi Jho Low untuk meminta kebenaran membawa balik dana yang disimpan di luar negara tetapi Jho Low berkata, ia tidak boleh digunakan kerana untuk kegunaan dana UMNO.

 

"Selepas mendengar hal itu, saya pun faham bahawa Najib mengawal kewangan untuk tujuan parti UMNO," katanya.


-BH


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...