EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Alia Bhatt Lagi Cantik Dalam Persalinan Tradisional India Daripada Moden

0 month ago, 20-Nov-2020

Ada orang cantik bila mengenakan fesyen moden dan tradisional. Ada pula sebaliknya, fesyen moden kelihatan kureng tapi bila menyarung persalinan tradisional, cukup anggun bagaikan bangsawan.

Alia Bhatt boleh dijadikan contoh. Bila aktres berbakat ini mengenakan persalinan tradisional India seperti sari, salwar kameez, kurta, dia kelihatan cukup cantik mempesona. Rupa paras manis dihiasi dengan lesung pipit dan wajah yang putih bersih, evertyhing on her looks so good!

Dari promosi filem hingga menghadiri majlis perkahwinan dan penampilan umum, Alia maintain classy. Pakaiannya sentiasa berlainan, tapi masih elok dan sesuai dengan usia mudanya.

IKLAN

Alia memberikan petunjuk bagaimana seseorang boleh kelihatan cantik mengenakan pakaian etnik. Dari rekaan hebat Manish Malhotra, Sabyasachi hingga Anita Dongre, Alia mengenakan pakaian setiap pereka dengan cukup anggun dan kelihatan gorgeous.

10 di bawah antara yang mencuri tumpuan, mungkin boleh anda jadikan inspirasi. Mana tahu nak buat majlis berinai, atau upacara bertemakan Bollywood. Stail Alia boleh jadi panduan.

Warna hijau pokok pisang menyerlahkan lagi penampilan Alia

Foto Pinterest

Manis betul menyarung sari merah jambu

Foto Pinterest

Kuning bagaikan bangsawan

Foto Pinterest

Agaknya warna favorite Alia kuning. Cantik manis dalam salwar kameez

Foto Pinterest

Corak tampal pada rekaan ini kelihatan cantik sekali

Foto Pinterest

In love dengan sari warna-warni ini

Foto Pinterest

Sari merah jambu dipadankan dengan blaus tanpa lengan sangat mengagumkan

Foto Pinterest

Sulaman berat penuh perincian bikin penampilan Alia nampak mewah dan eksklusif

Foto Anamika Khanna

Sari tenunan tangan dengan gabungan warna merah jambu, coral dan hijau sage

Foto Tarun Tahiliani

Simplicity yet classy! Alia menyarung persalinan tradisional putih krim yang basic

Foto Punit Balana

Antara semua ootd, yang mana satu paling anda suka? Penulis suka semua!



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...