EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Betul2 copy paste bapa, wajah Ainul Mardhiah semakin membulat comel!

6 month ago, 16-Jan-2020

Sejak kebelakangan ini, berita mengenai bayi kesayangan ramai, Ainul Mardhiah kembali mencuri tumpuan. Semakin berisi dan juga sudah tumbuh gigi, bayi comel ini terlihat sangat aktif berbanding setahun yang lalu.

Jika baru-baru ini media melaporkan bahawa Ainul sudahpun tumbuh gigi susunya, kali ini bapa kepada bayi kesayangan Malaysia itu memuat naik foto terbaru dengan menampakkan wajah bulat Ainul mirip sekali bapanya.

Ahmad Safiuddin dan juga isterinya juga sempat berseloroh diruangan Instagram dengan mengatakan Ainul memang serupa dengannya. Nurul Erwani turut menambah bahawa suaminya mengatakan Ainul comel kerana mengikut wajah walidnya.

Sehubungan dengan itu, menerusi komen yang diperoleh daripada Instagram kedua ibu bapa Ainul Mardhiah, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai reaksi gembira dengan perkembangan positif Ainul.

Perbahasan mengenai wajah Ainul turut menjadi topik bualan mereka yang ternyata terhibur melihat keluarga kecil ini. Semoga Ainul terus membesar dengan baik selepas ini.

: Ahmad Safiuddin, Nurul Erwani


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...