EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Betul2 move on. Bekas kekasih steady datang majlis kahwin, siap jadi pengapit

0 month ago, 10-Oct-2019

Sebelum ini viral di Twitter rakaman seorang pemuda yang kelihatan patah hati, semasa menghadiri majlis perkahwinan bekas teman wanitanya.

Namun, lain pula dengan kisah seorang wanita di Twitter dengan nama akaun Mrs Jebat Junwari, apabila berkongsi detik apabila bekas teman lelakinya sanggup menjadi pengapit kepada suaminya

Menurut wanita tersebut, dia merasakan tidak menjadi satu masalah untuk hadir di majlis perkahwinan bekas kekasih, kerana dia dan bekas teman lelakinya telah bersepakat untuk menjadi sahabat.

Maka dengan itu, bekas kekasih telah sanggup mahu menjadi pengapit, malah menjadi antara orang yang paling banyak membantu sewaktu majlis berlangsung.

Walaupun tweet wanita berkenaan mengundang pelbagai persepsi netizen, namun dia menjelaskan bahawa mereka telah berkawan baik meskipun telah memutuskan hubungan.

Sebaliknya, kini bekas teman lelakinya itu kita sedang bercinta dengan sahabat baiknya yang ketika itu juga pengapi. Malah, dia antara yang membantu jika kedua-dua mereka mengalami masalah.

Tweet wanita tersebut mendapat perhatian netizen, ada yang memuji hubungan baik antaranya dan bekas kekasih namun ada juga yang kurang senang dengan senario sebegitu.

: Mrs Jebat Junwari

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...