EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Betul ke Salah nak tinggalkan Liverpool?

0 month ago, 23-Mar-2020

PENGKRITIK sukan berpendapat Liverpool mungkin akan membenarkan sehingga empat pemain meninggalkan Anfield apabila pintu perpindahan pemain dibuka dengan Mohamed Salah dijangka menjadi pemain paling berprofil tinggi akan turut serta.

The Reds dilihat mendominasi saingan Liga Perdana musim ini dengan kelebihan 25 mata dan hanya Manchester United dan Watford dapat mencuri mata daripada mereka.

Sudah ada khabar angin berhubung perancangan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pada musim depan dengan beberapa pemain utama akan meninggalkan kelab itu.

Pengkritik sukan, Alejandro Moreno berkata, Adrian, Adam Lallana, Dejan Lovren dan Salah mungkin akan meninggalkan kelab itu.

Ditanya berhubung Salah, Moreno berkata: Susah hendak jelaskannya kerana banyak penyokong Liverpool akan menyatakan kelab perlu kekalkan Salah.

Saya pula berkata masih lagi ramai pemain lebih baik di luar sana. Saya kagum dengan jumlah jaringan gol yang disumbangkannya tetapi saya rasa dia boleh menjadi lebih baik.

Banyak lagi pemain di luar sana yang lebih baik berbanding Salah jika anda melakukan keputusan yang tepat.

Saya rasa ia pilihan antara mengekalkan Sadio Mane atau Salah. Anda boleh cuba mengekalkan Salah, Mane dan Roberto Firmino tetapi saya rasa Salah akan meninggalkan kelab itu dengan status gahnya sebagai pemain Liverpool.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...