EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Betul Ke Masak Guna Fryer Menyihatkan, Ini Yang Perlu Kamu Tahu

0 month ago, 20-Nov-2020

Masak menggunakan fryer bagus untuk kesihatan diri?

Kebanyakan orang berpendapat memasak menggunakan fryer bagus untuk kesihatan diri dan keluarga, tapi sejauh mana kebenarannya?

Jika kesihatan terjejas adakah ianya salah fryer atau makanan yang di masak, ikuti kupasannya di bawah.

IKLAN

Bergantung Pada Jenis Makanan Yang Di Masak

Foto The Breslin

Sebenarnya ia bergantung terhadap jenis makanan yang ingin kamu masak menggunakan fryer tersebut.

Jika makanan tersebut mengandungi jumlah kalori dan lemak yang tinggi, masaklah guna fryer biasa atau air fryer sekalipun ia tetap boleh mengundang penyakit kepada diri jika kerap memakannya.

Jumlah Pengambilan Kalori Yang Tinggi

Foto Arkib Wanista

Penggunaan fryer tidak boleh mengurangkan kalori pada makanan yang dimasak, kerana kalori tersebut sudah sedia ada pada makanan tersebut.

Kemudian, kamu perlu lihat pula pada kadar jumlah pengambilan makanan yang dimasak menggunakan fryer tersebut.

Seperti contoh, kamu kerap memasak ayam goreng, kentang goreng, telur goreng, samosa, ikan goreng dan makanan berkalori tinggi yang lain ia boleh menjejaskan kesihatan pada jangka panjang.

Banyak Makan Makanan Bergoreng, Tinggi Risiko Obesiti

Foto WebMD

Pada tahun 2007 pengkaji menemui terdapat hubungkait diantara obesiti dan jumlah pengambilan makanan bergoreng pada 33,000 orang yang berusia dalam lingkungan 29 dan 69 tahun di Sepanyol.

Berdasarkan kajian tersebut, jika seseorang itu banyak memakan makanan yang bergoreng, lebih tinggi risiko diri mereka menghidapi penyakit obesiti.

IKLAN

Makanan Berproses Tinggi Kandungan Garam Dan Lemak

Foto Arkib Wanista

Makanan yang biasa di masak menggunakan fryer biasanya makanan jenis berproses seperti sosej, nugget, samosa, kentang, bebola daging dan ayam, dan pelbagai jenis makanan proses yang lain ini sebenarnya tinggi kandungan garam dan lemak.

Bayangkan dengan makanan yang mempunyai kandungan sebegitu tidak hairanlah kesihatan boleh terjejas, lagi pula peralatan seperti fryer yang digunakan untuk memasak tidak boleh disalahkan kerana ianya hanya medium yang digunakan untuk memasak makanan bergoreng.

Guna Fryer Dengan Bijaksana

Foto Arkib Wanista

Bagi yang kerap memasak menggunakan fryer bagi menggoreng makanan kegemaran, antara langkah yang boleh kamu lakukan bagi menjaga kesihatan diri dan keluarga adalah seperti berikut:

  • Kurangkan guna minyak ketika menggoreng.
  • Jika ingin menggoreng dengan minyak yang banyak, gunakan minyak kesihatan seperti minyak safflower, minyak kacang, minyak bunga matahari, minyak mustard, minyak canola, minyak jagung atau minyak sayur.
  • Kurangkan masak makanan berproses.
  • Masak makanan segar dan kurang kalori.

Ingat apa yang berlaku pada tubuh badan kamu adalah kerana kesan dari apa yang kamu makan, jika dah hari-hari makan makanan bergoreng masaklah guna fryer biasa atau air fryer sekalipun kamu tetap akan mendapat penyakit.

Oleh itu, masaklah dengan bijaksana dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang. Selamat beramal!

Rujukan



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...