EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Cara Betul Nak Halau Penyewa Yang Tak Bertanggungjawab

0 month ago, 25-Nov-2021

Ini Cara Betul Nak Halau Penyewa Yang Tak Bertanggungjawab .
Ramai yang buat rumah sewa sebagai pendapatan sampingan. Perniagaan hartanah ni memang banyak untungnya jika pandai dan bijak memilih kawasan dan trik hartanah. Tapi, Menyewakan hartanah bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi kalau dapat penyewa yang tidak bertanggungjawab, bayar sewa lambat atau tunggakkan sewa dah banyak.

Bila keadaan ini berlaku, kebanyakkan pemilik akan menghawalu penyewa atau tak benarkan penyewa masuk ke dalam unit sewaan. Betul ke tindakkan tu?

Melalui perkongsian artikel dari Propertyguru.com, pemilik atau tuan rumah tidak boeh halau secara paksa atau masuk ke premis sewaan tanpa pengetahuan penyewa. Walaupun dalam kontrak tertera tindakkan yang akan diambil jika perkara ini berlaku.

Pemilik perlu bertindak mengikut saluran undang-undang yang betul. Undang-undang menghalau penyewa tertakluk dibawah seksyen 7 92) Akta Relief Spesifik 1950.

Apa Tuan Rumah Tak Boleh Buat?

Sebelum nak ambil apa-apa tindakan halau penyewa, anda kena tahu dahulu tindakan yang tak boleh dibuat tuan rumah kepada premis sewa atau penyewa mengikut undang-undang, iaitu:

1. Menghalau penyewa secara paksa tanpa perintah mahkamah.
2. Tukar kunci pintu atau pagar premis sewaan tanpa pengetahuan penyewa.
3. Masuk ke premis sewaan tanpa izin penyewa terlebih dahulu.
4. Menutup premis sewaan tanpa kebenaran mahkamah.
5. Sita atau rampas barang-barang milik penyewa tanpa perintah mahkamah.

Baca juga:

6 Trik Rumah Sewa Tetap Cantik Macam Rumah Sendiri
Modal Tak Sampai RM 1K Untuk Siapkan Kabinet Dapur Rumah Sewa Ni

Apa yang boleh dilakukan untuk Usir Penyewa?

1) Rekod setiap perbincangan antara penyewa dan pemilik. Nmpak macam leceh tapi ini lah material paling penting terutamanya jika kes masuk mahkamah

2) Ambil tahu tentang prosedur undang-undang sewa

Tak perlu ambil siji undang-undang atau hartanah untuk anda tahu akan prosedur dan undang-undang hartanah. Boleh cuba cari rujukan dalam internet dan fahamkan. Lebih mudah, dapatkan pendapat dari rakan-rakan yang mengambil jurusan berkaitan

3) Lantik peguam hartanah berpengalaman

Mana nak cari peguam yang ok? boleh tanya dari rakan-rakan. Kalau tak ada, jangan risau. Boleh cari dari ejen-ejen hartanah atau cari je dekat internet. Yang penting, sediakan dokumen yang lengkap je

4) Potong bekalan elektrik dan air!

Memang tak boleh paksa keluar atau halau. Tapi, ini yang boleh anda lakukandengan mudah. Potong je bekalan utiliti seperti air dan elektrik. Memang tak boleh hiduplah penyewa dalam rumah tak ada air. Tapi, perlu apstikan bil utiliti atas nama pemilik. Kalau atas nama penyewa, anda pula yang salah

Langkah ke-4 ni adalah cara yang paling mudah dan mungkin cepat untuk pemilik mendapatkan semula rumah yang disewa. Jadi, anda harus ingat tak boleh paksa keluar, halau penyewa kerana ia juga dikira salah di sisi undang-undang.

Ini Cara Betul Nak Halau Penyewa Yang Tak Bertanggungjawab IMPIANA.



SUMBER : impiana.my



Live Website Traffic


loading...