EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Wow, Betul Ke Antibodi Ilama Boleh Hentikan Covid-19?

0 month ago, 26-Aug-2021

Antibodi Ilama kemungkinan besar akan memainkan peranan global dalam memerangi COVID-19.

Ini sekiranya ujian klinikal dijalankan syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar seperti dijanjikan, lapor Reuters.

Penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent berkata antibodi yang diekstrak daripada seekor Ilama yang dikenali dengan nama "Winter" itu telah berjaya mematikan penularan koronavirus termasuk variannya dalam ujian makmal.

"Teknologi yang merupakan kemajuan terbesar ini dilihat dapat menambah baik peranan vaksin dalam melindungi orang ramai yang mempunyai sistem imunisasi lemah, selain merawat individu dijangkiti di hospital," kata Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago.

"Antibodi Ilama yang luar biasa kecil dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein virus, dan kami tidak nampak mutasi pada kadar tinggi di situ," tambahnya.

Antibodi juga menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular.

Para penyelidik menjangkakan ujian klinikal terhadap sukarelawan sihat yang dimulakan minggu lalu akan menunjukkan kesan yang sama.

Menurut Ketua Kumpulan VIB-UGent, Xavier Saelens, seperti mana llama dan spesies unta lain, Winter menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil, stabil dan lebih mudah dihasilkan berbanding mamalia lain.

"Saiznya yang kecil membolehkan ia mencapai sasaran, hingga ke bahagian virus yang sukar diakses antibodi konvensional," ujarnya.

Pencarian rawatan COVID-19 itu susulan kajian pada 2016 mengenai antibodi llama untuk melawan koronavirus SARS dan MERS.

Pada 2018, syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi membayar 3.9 bilion euro kepada Ablynx, sebuah syarikat perubatan yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan antibodi llama.

Sementara itu, Winter, yang antibodinya kini dapat dihasilkan semula di makmal, sedang menikmati 'persaraan' di taman seni dan haiwan swasta di Genk.

: Reuters



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...