EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Besut Terima Bantuan Dari ARC Terengganu

0 month ago, 04-Dec-2019

Oleh: Muhd Afiq Zohir
Jurufoto : Jusmawari

BESUT Kawasan Besut menerima bantuan dari Kelab Bermotorsikal Alternative Riding Club (ARC) Terengganu bagi mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir.

Pengerusi ARC Besut, Mohd Jali Sulong berkata, bencana banjir yang melanda Besut menarik perhatian ARC bagi sama-sama membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa.

Keadaan banjir yang semakin teruk menyebabkan banyak tempat terputus bekalan makanan dan perhubungan.

Seramai 25 orang tenaga yang hadir bagi membantu mengagihkan sumbangan berbentuk makanan asasi untuk para mangsa yang terkandas, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Tanjung Alir, Jerteh, semalam.

Menurutnya, kerjasama dan sumbangan itu menandakan bahawa hubungan silaturahim sesama masyarakat sentiasa dijaga.

Saya nasihatkan agar para mangsa yang terkandas sentiasa sabar dan menjaga keselamatan diri dari sebarang kejadian yang tidak diingini, ujar beliau.

Turut hadir sama ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Nasir Razak.




Live Website Traffic


loading...