EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ibu Saya Tak Besarkan Saya Jadi Bodoh-Bodoh Sikit Depan Lelaki Dr. Amalina Bidas Prof. Muhaya

0 month ago, 09-Jun-2021

Kecoh di media sosial, apabila video Profesor Dr. Muhaya yang membahaskan isu Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh mendapat kecaman dan kritikan dari orang ramai termasuklah Dr. Amalina.

Pandangan yang di berikan oleh Prof Muhaya di dalam video tersebut adalah, wanita harus bersikap bodoh-bodoh sedikit di hadapan lelaki dan tidak menjadi terlalu independent jika tidak wanita akan sukar mendapat jodoh.

IKLAN

Im sorry but my mum didnt raise me to be bodoh-bodoh sikit in front of men so that I can bertemu jodoh. You are sending the wrong message to girls and young women. Women should definitely not lower their intellectual level just so that they can attract a man. https://t.co/xc0G7GsV3O

Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 8, 2021

Dr. Amalina Bidas Pandangan Prof. Muhaya

Isu ini hangat dibualkan di media sosial hingga mendapat perhatian Dr. Amalina, wanita yang baru mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta pada bulan Mac 2021 ini berkongsi pandangannya bahawa ini merupakan mesej yang salah.

Foto Instagram/Twitter @dramalinabakri

Ibu saya tidak besarkan saya untuk jadi bodoh-bodoh sikit di depan lelaki, supaya saya dapat bertemu jodoh. Anda memberi mesej yang salah kepada wanita dan perempuan muda.

Wanita tidak sepatutnya merendahkan tahap kebijaksanaan mereka hanya untuk memikat lelaki. Ciap Dr. Amalina di akaun Twitternya

Wanita Harus Jadi Diri Sendiri

Dr. Amalina juga menyatakan, bahawa wanita harus menjadi diri sendiri dan tidak perlu merendahkan martabat diri untuk berkahwin. Doktor pakar bedah ini juga berharap, isu merendahkan-rendah martabat wanita dihentikan kerana ia satu penghinaan.

Foto Instagram/Twitter @dramalinabakri

Ini satu penghinaan buat wanita DAN lelaki. Jadilah versi terbaik diri sendiri. Biarkan wanita jadi apa yang mereka mahukan.

Cukuplah dengan pemikiran kamu-harus-tunduk jika kamu ingin berkahwin. Berhentilah merendahkan-rendahkan wanita. Suami saya geleng kepala sekarang ini. Kongsi Dr. Amalina di Twitternya

3 Rencah Ini Kunci Bahagia Dan Hubungan Kekal

Berikutan hal jodoh menjadi bualan panas di media sosial, Dr. Amalina berkongsi tiga perkara utama jika mahu bahagia bersama pasangan.

Foto Instagram/Twitter @dramalinabakri

Saya sudah berkahwin dari segi logik kamu, saya tahu apa maksud sebenarnya. Sikap hormat-menghormati, bertolak-ansur dan kawal ego perlulah datang daripada kedua-dua pihak bukan perempuan sahaja.

Ianya perlukan dua orang untuk tango. Hormat perlu diperolehi, bukannya diberi. Lelaki dan wanita kedua-dua boleh belajar bersama. Ciapnya lagi di Twitter.

Dalam hubungan lelaki dan wanita perlu saling menerima dan menghormati, barulah hubungan yang dibina berkekalan betul tak?

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...