EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PKP BESAR-BESARAN TIDAK AKAN DILAKSANAKAN HISHAMMUDDIN

0 month ago, 11-Jan-2022

Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh tidak akan dikuatkuasakan semula seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan kerajaan tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat susulan penularan varian Omicron.

Katanya, langkah lebih ketat itu termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk dari lebih banyak negara jika negara berkenaan didapati berisiko tinggi.

Sebanyak 245 kes varian Omicron telah disahkan di Malaysia, sebahagian besar kes jangkitan varian ini di Malaysia masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

“Kerajaan tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk dari lebih banyak negara jika negara berkenaan didapati berisiko tinggi, katanya dalam sidang media khas Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19, hari ini.

Mesyuarat tersebut turut hadir Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Saddique.

Jelas Hishammuddin, keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan PKP secara menyeluruh dibuat sebagai sebahagian dari usaha bersiap sedia untuk beralih ke fasa endemik.

Menurutnya, pengumuman peralihan ke fasa endemik tertangguh kerana kerajaan sedang memantau penularan varian Omicron dan banjir yang melanda di beberapa negeri.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...