EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ikan berwajah manusia [VIDEO]

1 month ago, 09-Nov-2019

BEIJING: Seorang pelancong yang mengunjungi sebuah perkampungan di selatan China terkejut apabila terjumpa seekor ikan yang mempunyai wajah seakan manusia.

Daily Mail melaporkan, ikan kap luar biasa itu ditemui semalam di kampung Miao yang terkenal sebagai kawasan tumpuan pelancong di bandar Kunming.

Pelancong wanita itu yang terpegun melihatnya terus membuat rakaman video sebelum klip berdurasi 15 saat itu dimuat naik di Weibo.

Sebelum ini, ikan kap yang berwajah manusia turut dilaporkan ditemui di Taiwan dan United Kingdom.

Pada 2010, seorang lelaki Britain yang membeli lima ekor ikan terbabit turut mendakwa ia mula kelihatan seperti wajah manusia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 November 2019 @ 12:30 AM


SUMBER : hmetro.com.my

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...