EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Berusia 20 Tahun, SUHANA KHAN Warisi Bakat & Gen Cantik Ibu Bapa!

0 month ago, 15-Sep-2020

SUHANA KHAN

Gadis bernama Suhana Khan ini ternyata mewarisi kecantikan dan bakat kedua-dua ibu bapanya. Meniti usia 20 tahun, penampilan dan kelibat Suhana setiap kali muncul di khalayak pasti membuatkan ramai. Bukan hanya kerana rupa paras dan susuk tubuh yang menawan tetapi juga kerana status Suhana yang merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Raja Bollywood, Shah Rukh Khan.

Biarpun belum secara serius menceburi bidang seni di India namun gemerlapan dunia glamor sudah mula menyinari kehidupan gadis cantik ini. Apatah lagi, sekitar Oktober tahun lalu Suhana membuat penampilan sulung dalam sebuah drama pendek The Grey Part of Blue arahan Theodore Gimeno.

Walau muncul hanya sekejap tapi ramai yang menanti nantikan lakonan Suhana. Pendek kata, anak kedua daripada tiga beradik ini sudah pun menjadi ikutan dan memiliki peminat sendiri!

Dua tahun lalu, Suhana mencipta kejayaan tersendiri apabila dipilih sebagai penghias kulit depan majalah terkemuka India, Vogue India edisi Ogos 2018. Bagi gadis muda sepertinya yang tidak pernah terlibat dengan sebarang filem mahupun drama waktu itu, pemilihan Suhana nyata satu penghormatan besar. Untung empunya badan, diberi kepercayaan setaraf selebriti popular yang ada di sana!

Mendapat pendidikan awal di Dhirubhai Ambani International School, Suhana bagaimana pun telah selesai menamatkan pengajian dalam jurusan seni lakonan di Ardingly College, London pada penghujung Jun 2019. Pengalaman selama empat tahun bergelar penuntut kolej dan berjauhan dari keluarga berjaya menjadikan Suhana seorang wanita yang lebih matang.

Malah, ketika majlis graduasi yang turut dihadiri Shah Rukh Khan dan Gauri Khan Suhana diberi penganugerahan Russel Cup hasil sumbangan dokumentari yang diusahakan bersama rakan sekuliah.

Memetik kenyataan Suhana kepada Vogue, Berpindah ke luar negara ketika baru berusia 16 tahun adalah keputusan terbaik dalam hidup saya. Hidup dalam persekitaran berbeza dan bertemu dengan bermacam-macam orang telah banyak membantu menambah keyakinan diri. Tinggal jauh dari keluarga juga buatkan saya lebih menghargai rumah dan insan tersayang.

Dilahirkan pada 22 Mei 2000 di Mumbai, Suhana turut diramal menjadi pelapis bintang terkenal seperti Aishwarya Rai dan bakal menggegarkan industri perfileman Bollywood. Apa yang pasti, hari ini pun Suhana sudah menjadi buruan penerbit filem tersohor dan syarikat produksi. Namun segala-galanya terletak kepada keputusan Shah Rukh Khan dan isteri.

Rakan karib Shah Rukh Khan yang juga penerbit filem Kahan Johar dilaporkan antara yang sedang mengintai bakat Suhana selain beberapa penerbit filem lain termasuk Sanjay Leela Bhansali dan Sujoy Ghosh. Cerah masa depan Suhana lepas ni.

Selain Suhana, perkahwinan hampir tiga dekad Shah Rukh Khan dan Gauri turut dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Aryan Khan dan AbRam Khan.


SUMBER : nona.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...