EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bertuahnya! Pemuda OKU kini tinggal sebumbung dengan Aliff Syukri

1 month ago, 14-Jul-2019

Minggu lalu, Dato Alif Syukri didatangi seorang pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) dikenali sebagai Syukri gara-gara terlalu minat dan ingin bertemu dengan jutawan kosmetik itu.

Namun siapa sangka, pemuda yang mempunyai masalah cacat pendengaran dan bisu itu kini dipercayai menetap bersama keluarga Aliff.

Walaupun tak diwar-warkan secara rasmi, namun posting isterinya, Datin Shahida jelas menunjukkan mereka sekeluarga telah menjemput Syukri untuk tinggal bersama.

Hari ni saya masak kurma ayam syukri family baru saya ni suka makan bertambah2 nasi sedap katanya..

Sebab tu suka masak sebab ada org hargai masakan kita.. nanti saya share resipi kurma ayam saya kalau sudi nak tengok,tulisnya.

Usahawan tersebut turut berkongsi kegembiraanya menyambut pemuda itu sebagai ahli keluarga baru dengan memuat naik satu video bersama Syukri dan anak-anak sejurus pulang bercuti dari Thailand.

Perkara ini telah dapat perhatian netizen yang rata-rata mengagumi hati budi dan kebaikan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.

: Aliff Syukri, Shahida

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com