EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bertemu Tommy Hilfiger Di New York Fashion Week 2019, Neelofa Zahir Rasa Teruja

0 month ago, 10-Sep-2019

Gambar: instagram.com/neelofa

Seolah menjadi kebiasaan buat pelakon dan pengacara popular, Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, tampil dengan gaya penuh fashionable. Seperti tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, tidak hairanlah Lofa kini boleh disifatkan sebagai ikon fesyen Malaysia.

Terbaru, beberapa selebriti tanah air telah diundang menghadiri persembahan peragaan pereka fesyen antarabangsa di New York Fashion Week 2019.

Lebih menarik, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menzahirkan rasa teruja apabila berkesempatan bertemu dengan pereka fesyen kegemarannya, Tommy Hilfiger semasa sesi fitting untuk jenama tersebut.

Dalam pada itu, Lofa sempat mengabadikan momen indah bersama pereka berkenaan dengan memuat naik beberapa perkongsian di laman Instagram miliknya.

Looked who popped by during my fitting. The man behind the iconic brand himself! Mr Tommy Hilfiger ??#TommyHilfiger #NYFW #tommyhilfigermy, tulisnya.

Lofa juga turut berkongsi detik manis semasa berada di kota fesyen tersebut, di mana beliau secara tiba-tiba disapa Tommy, malah pereka itu juga turut menitip komen positif kepada busana yang disarung Lofa semasa sesi fitting.

Neelofa, Scha Alyahya dan Awal Ashaari antara barisan selebriti Malaysia yang diundang menghadiri minggu fesyen tersebut dan apa yang pasti, gaya serta persalinan yang ditonjolkan selebriti-selebriti ini berjaya mencuri tumpuan peminat fesyen terutamanya pengikut setia mereka di laman Instagram.

Di sini EH! kongsikan beberapa gaya selebriti tempatan ketika menghadiri persembahan peragaan di New York Fashion week 2019.


SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com