www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Bertempur 4 penjuru di PRK Cameron Highlands

0 month ago, 13-Jan-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Cameron Highlands secara rasminya bermula hari ini dengan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan calonnya, Ramli Mohd Nor, Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran dan dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Keempat-empat calon ini layak untuk bertanding selepas nama mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Cameron Highlands Datuk Ishak Md. Napis di pusat penamaan calon Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah.

Presiden MyPPP Tan Sri Dr. M Kayveas yang sebelum ini mengumumkan akan bertanding mewakili bebas menarik diri serta menyatakan sokongan kepada calon PH.

PRK Cameron Highlands adalah PRK kelima diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan yang pertama diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos; DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September); serta Parlimen Port Dickson (13 Oktober).

Pada PRU-14 lepas, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang melibatkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

PRK Cameron Highlands diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan bekas penyandang, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

SPR juga menetapkan 13 Januari sebagai tarikh pengeluaran kertas undi pos, undi awal (22 Januari), semakan peti undi (25 Januari), manakala hari pengundian pada 26 Januari dan buat julung kalinya suruhanjaya itu akan menyiarkan lintas langsung proses penamaan calon, pengundian dan pengiraan undi di laman Facebook SPR.

Bagi PRK Parlimen P.078 ini, SPR telah melantik 85 orang pemerhati pilihan raya daripada 11 buah organisasi yang terdiri daripada agensi kerajaan,
Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi berkelayakan tempatan untuk
memantau proses pilihan raya ini. Mereka adalah;

(a) Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan
Raya – (11 orang)
(b) Persatuan OKU Sentral (5 orang)
(c) BERSIH 2.0 – (14 orang)
(d) ENGAGE (8 orang)
(e) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (2 orang)
(f) Kelab Pemikir Politik Nasional – (8 orang)
(g) Institut Darul Ehsan (10 orang)
(h) Malaysian For Free and fair Elections – (4 orang)
(i) Tindak Malaysia (4 orang)
(j) Malaysian Corruption Watch (12 orang)
(k) Pertubuhan Akademik Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan
Malaysia (7 orang)




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts