EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bersihnya muka! Bercahaya.. Penampilan Eina Azman di Tanah Suci dapat pujian

0 month ago, 04-Dec-2019

Umum sedia maklum bahawa pelakon Datin Paduka Eina Azman sedang mengerjakan umrah bersama keluarganya di Tanah Suci Makkah sejak 21 November yang lalu.

Pelakon berusia 24 tahun itu juga sering berkongsi beberapa posting pengalaman ketika berada di sana menerusi laman Instagram bersama pengikutnya.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen lebih tertarik dengan penampilan pelakon berkenaan yang manis bertudung litup tanpa mengenakan solekan tebal pada wajahnya.

Ternyata posting miliknya dihujani komen netizen dan kebanyakan daripada mereka memuji penampilan Eina yang kelihatan sangat ayu dan cantik selain mendoakan agar beliau terus istiqamah.

Alhamdulillah! Happy tengok Datin Eina sekeluarga pergi menunaikan umrah. Semoga dapat umrah yang mabrur. Cantik betul kan datin ni? Agak-agak dia pakai apa lah sampai muka berseri macam tu?

: Eina Azman


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...