EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jom Bersembunyi di Sanctum Spa

0 month ago, 13-Sep-2019

Membawa diri bersembunyi di spa seharian ada kalanya adalah keputusan paling bijak yang boleh kamu lakukan demi kesejahteraan hidupmu. Jom ke EQ Hotel Sanctum Spa
Di Sanctum Spa kamu terasa seperti dikelilingi kedamaian hutan hujan tropika.

Sama ada kamu terlalu lama di pejabat, atau penat memerah otak, mereka di sekelilingmu (termasuk keluarga) buat kamu rasa sesak, tidurmu sering tidak lena Setiap daripada kita pasti punya masalah sendiri yang dikumpul setiap hari hingga kamu rasa perlu lari seketika untuk kembalikan keseimbangan, tenaga, perasaan gembira serta positivity yang kamu perlukan setiap hari. Ada rezeki lebih untuk percutian? Thats great! Namun jika a vacation belum mampu direalisasikan, kamu boleh cuba Sanctum Spa oleh EQ yang baru dibuka September ini! Satu hari saja sudah cukup untuk kembalikan your sanity...

Jika kamu bayangkan sebuah tempat gelap dengan alunan muzik angklung serta gong, kamu boleh padam bayangan itu kerana sebaik kamu melangkah keluar dari lif ke Sanctum Wellness di tingkat 29 EQ Hotel, segalanya cerah, lapang, dengan warna-warna yang menenangkan. Tiada kayu-kayu Bali atau patung Siam tetapi rona-rona lembut, hijau, beige, hitam, kelabu dan putih antaranya yang segera menyuntik ketenangan. Siling yang dihiasi corak ranting dan daun seolah kamu berjalan di bawah kanopi hutan hujan tropika antara inspirasi dekor Sanctum Wellness.

Konsep Sanctum Wellness adalah berinspirasikan hutan hujan tropika, kehijauan serta perawatan holistik dengan Chromatherapy yang memberi perhatian kepada tekanan fizikal, persekitaran yang membebankan serta ketidakseimbangan nutrisi. -Lanny Sugijono, Spa Consultant

Menariknya konsep Chromatherapy ini, kamu tak perlu pening memikirkan aroma apa yang perlu kamu pilih, perawatan apa yang sesuai dan sebagainya kerana adunan atau potpourri Sanctum Signatures telahpun dicipta oleh pakar-pakar terapi untuk disesuaikan dengan keperluan kamu. Lima warna Chromatherapy menjadi panduan ketika kamu duduk bersama ahli terapi untuk memilih adunan minyak serta rawatan berdasarkan manfaat serta perasaan apa yang kamu inginkan daripada sesuatu rawatan. Bahan yang diperoleh daripada bunga-bungaan hutan tropika serta hasil tuaian laut dalam, minyak pati yang digunakan adalah yang paling berkualiti serta mujarab!

Hijau menyucikan, memperbaharui dan menyegarkan dengan adunan green tea, vetiver, sea kelp serta ekstrak rumpai laut.

Merah antipenuaan, membangkitkan, bertenaga dengan geranium, bunga cengkih, fennel, cypress, limau dan rosemary.

Biru melegakan, menenangkan, desensitizing dengan kamomil, pudina, tangerine serta lavender.

Ungu meleraikan tekanan, memulihkan, meningkat sistem imunisasi dengan lavender, ylang-ylang, cendana, serau dan buah oren.

Jingga menghidratkan, antioksidan, memberi khasiat dengan bergamot, halia, melur, evening primrose dan clary sage.

Setiap warna hadir dengan menu rawatannya sendiri dan Cosmo memilih Red Chromo-Aroma Energy Deep Tissue Massage, 60 minit RM288. Bertuahnya menjadi orang pertama yang mencuba rawatan di Sanctum spa ini (ketika itu ia masih belum dibuka kerana masih dalam proses melatih therapists serta finishing touches of the rooms) adalah Cosmo mendapat sentuhan head therapist di situ yang mesra dipanggil Momo.

Setiap perawatan dimulakan dengan foot bath dengan garam Himalaya. Once youre settled on the spa bed dan menutup mata, loceng kecil dibunyikan dan langkah ini dipanggil audio therapy ritual untuk merangsang deria sebelum bermulanya urutan. Apa yang boleh Cosmo rasakan ketika bunyi loceng mengelilingi tubuh adalah a sense of release. Seperti dengan berakhirnya dengung loceng, minda sudah bersedia untuk relax! Sebaik tangan Momo menyentuh tubuh berserta adunan minyak pati yang dipilih tadi, Cosmo dapat rasakan the smoothness of the oil. Tak pasti jika kamu faham apa yang cuba Cosmo jelaskan When it comes to oils (and weve tried a lot) kamu boleh bezakan teksturnya. Ada yang rasanya kasar, ada rasa pekat, ringan tetapi adunan minyak yang digunakan di Sanctum Spa sangat smooth dan tidak terlalu pekat ataupun terlalu cair. It glides on your skin luxuriously (dan Cosmo rasa tangan Momo yang lembut turut menyumbang kepada perasaan itu. Katanya dia memegang minyak setiap hari!)

Leganya rasa terutama bahagian tubuh yang keletihan seperti bahu serta belakang. Momo pandai mengenal pasti bahagian urat yang bermasalah lalu diberikan lebih fokus di situ. Semua ini sambil alunan bunyi-bunyian hutan tropika berkumandang lembut di dalam kamar. Apabila selesai sesi urutan, sekali lagi loceng dibunyikan, seperti membangunkan kamu dari buaian lena and wake up refreshed, energized.

Selain Sanctum Spa, seluruh aras 29 sememangnya dikhaskan untuk kamu berehat sambil beriadah. Sanctum Fitness mempamerkan alatan bersenam urban dan terkini, kolam renang infinity dengan pemandangan kota KL yang menakjubkan (jika tidak berjerebu), vitality pool dengan underwater jets untuk melegakan otot yang lenguh. Selepas sesi urutan atau facial, jangan terus pulang atau naik/turun ke kamar. Nikmati himalayan salt sauna atau rainforest shower, dan selepas disimbah air bak air gunung , terus masuk ke steam room seketika. Kamu juga boleh beristirehat di wellness lounge di mana kamu boleh menikmati healthy drinks and snacks. Kamu juga boleh bertanya jika ada sesi yoga yang boleh kamu sertai di situ. Nikmati kesemua kemudahan rekreasi yang disediakan dan pulang dengan minda yang lebih segar, baru dan tenang.


SUMBER : cosmopolitan.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com