EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bersatu telah serah senarai nama cadangan ahli kabinet - Faizal Azimu

0 month ago, 26-Aug-2021


Bersatu telah menyenaraikan nama ahli-ahli yang sesuai untuk mengisi jawatan di dalam Kabinet Persekutuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk pertimbangan lanjut.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, senarai nama tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, baru-baru ini.

Dalam mesyuarat tersebut, kami telah putuskan untuk serahkan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden kami, untuk cadang nama-nama daripada Bersatu dan disampaikan kepada Perdana Menteri.

Saya percaya Perdana Menteri akan putuskan dan membawa senarai tersebut untuk disembah maklum kepada Agong. Sekiranya proses ini berjalan baik tentunya Perdana Menteri akan membuat pengumuman selepas itu, katanya.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang itu berkata demikian dalam sidang media secara maya, selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Persidangan empat hari tersebut dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang bertitah, agar semua Ahli Dewan di negeri ini mempamerkan semangat politik matang beraras tinggi, dan saling bekerjasama demi kepentingan negeri dan rakyat, sebagai timbal balik pemberian peruntukan saksama dalam Belanjawan 2021.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bersedih sekiranya tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri, Ahmad Faizal berkata ketika ini tanggungjawab dan tugas hakikinya sebagai wakil rakyat, kini menjadi fokusnya.

Semua sedia maklum walaupun saya pernah jadi Menteri Besar Perak dan sekarang tidak lagi pegang jawatan itu, saya percaya semua orang boleh nampak yang saya tidak bersedih.

Malahan saya tambah semangat untuk memberi khidmat kepada rakyat dalam apa juga kapasiti, sekarang saya kembali dalam kapasti sebagai Ahli Parlimen Tambun dan Adun Chenderiang, katanya.

Pada Isnin, Ismail Sabri memaklumkan senarai nama menteri Kabinet beliau akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

- Bernama


............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...